Wednesday, 11 April 2012

MY FAVOURITE DESSERT :)

        Hari ini adalah hari yang paling bahagia buat saya..Akhirnya saya dapat juga buat favourite dessert saya.Setelah sekian lamanya mencuba sampai comot-comot muka...Hehehe..Dan akhirnya saya berjaya buat Puding Roti + Coklat + Susu...Ini pun saya dapat petua dari mak saya...That's why lah...Menjadi...~Mybe berkat seorang ibu mengajar anaknya kot..Hehehe




        Memandangkan saya dah berjaya buat..Jadi, saya nak share lah dengan korang semua cara-cara nak membuat Puding + Roti + Coklat + Susu...Pertama sekali, kita kena tahu bahan-bahannya...


BAHAN-BAHAN:

  • Coklat
  • Susu cair
  • Roti buku
  • Daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • Gula
  • Tepung jagung
  • Air
  • Agar-agar
        Memandangkan saya ni  fanatic dengan coklat...So, saya guna perisa coklat dalam dessert ini...If korang tak suka dengan coklat, korang boleh tukar perisa coklat kepada perisa lain macam perisa orange, pandan, strawberry and whatever...~~ Ok, tadi saya dah share dengan korang bahan-bahannya kan...Sekarang ni saya nak share untuk cara-cara membuatnya..Kalau korang nak tahu, cara-cara membuatnya ada 2 bahan iaitu Bahan A dan Bahan B...


Untuk Bahan A:

  1. Mestilah panaskan air di periuk sehingga mendidih.
  2. Sesudah itu, kita masukkan agar-agar dan daun pandan ke dalam periuk.(Ingat...!!! daun pandan mestilah disimpulkan dahulu sebelum itu.)
  3. Masukkan 1 senduk gula kemudian kacau sehingga sebati dn selepas itu biarkan.
  4. Kisarkan roti dan susu cair ke dalam mesin pengisar.Kisar sehingga sebati.
  5. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk.
  6. Masukkan 1 1/2 sudu besar tepung jagung ke dalam periuk.
  7. Gaul sehingga sebati.
  8. Kemudian masukkan BAHAN A secara perlahan-lahan ke dalam bekas dengan menggunakan senduk untuk disejukkan.(Make sure...!!! jangan letakkan di dalam freezer...Letakkan dahulu BAHAN A itu di atas kabinet dapur anda.)
Ok....Sekarang ini kita akan teruskan cara-cara nak membuat untuk BAHAN B pula...


Untuk Bahan B:

  1. Masukkan periuk ke dalam kuali yang berisi air.(Tujuannya adalah untuk mengelakkan BAHAN B [coklat] tidak hangit dan coklat ini agak sensitif sedikit dengan api dapur.)
  2. Kemudian masukkan coklat ke dalam periuk.
  3. Gaul sehingga sebati.
  4. Sesudah itu, tuangkan BAHAN B ke dalam bekas yang berisi BAHAN A tadi dan letakkan ke dalam freezer untuk disejukkan.
PERINGATAN...!!!!
*tunggu BAHAN A sejuk terlebih dahulu di dalam bekas, then baru boleh tuangkan BAHAN B ke dalam bekas.Pastikan...!!! BAHAN A tidak terlalu sejuk dan keras, takut nanti tak boleh  bercantum dengan BAHAN B.*


                        

        Dan sekarang masa untuk makan dessert...yum yum..~~ For mama, thank you for your lesson today..I LOVE YOU, MAMA..~~ Korang apa lagi, tak kan korang nak biarkan air liur korang meleleh bila tengok resepi ini...So, take it a note and try it at home..~~


               SELAMAT MENCUBA :)

No comments:

Post a Comment